Monday, April 14, 2008

Hilangkan kesan minyak pada baju

Ambil sabun wangi dan gosokkan ditempat yang terkena minyak. Kemudian basuh dengan air bersih sehingga hilang kesan minyak pada baju tersebut.

Saturday, April 5, 2008

Serikan wajah

Amalkan membaca selawat sebanyak tiga kali setiap kali ketika melihat wajah di hadapan cermin. Insya Allah, wajah sentiasa kelihatan berseri.

Friday, April 4, 2008

Rambut gugur

Rendam kacang hijau semalaman. Tapis airnya, kemudian sapu di atas kulit kepala dan urut secara perlahan2. Amalkan setiap hari dan elakkan daripada mengikat rambut dengan gelang getah.

Wednesday, April 2, 2008

Mengharumkan dapur

Rebus beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Selepas itu, sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.

Tuesday, April 1, 2008

Hilangkan bau-bauan pada peti sejuk


Ambil tiga-empat helai daun pandan, simpul dan letakkan di mana-mana tempat yang sesuai di dalam peti sejuk.